Monday, November 2, 2009

Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 09






Soutun Najihah telah mewakili Kuala Lumpur ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009 di Kuantan, Pahang pada 14-17 Julai 2009. Kami menetap di Hotel Seri Malaysia , Kuantan. Pertandingan telah diadakan di Wisma Belia, Kuantan. Bagi kategori sekolah rendah, Kuala Lumpur telah diwakili oleh SK Cochrane Perkasa.

Alhamdulillah, Soutun Najihah telah berjaya mendapat Naib Johan dan Anugerah Penyanyi Solo Terbaik. Johan dimenangi oleh Johor dan Ketiga dimenangi oleh Pahang. Johan keseluruhan dimenangi oleh Pahang :)

Friday, July 31, 2009

Festival Nasyid 2009 Peringkat Zon

Festival Nasyid Peringkat Zon Keramat telah diadakan di SMK Seksyen 5, WangsaMaju pada 20 Jun 2009. dalam pertandingan tersebut, kumpulan Soutun Najihah telah berjaya menjadi Johan untuk kali kedua. manakala Naib Johan dimenangi oleh SMK Padang Tembak :)

Belakang dari kiri ; Amirah, Aliah, Ashikin, Ustzh Rosyatimah, Pn. Nik (PK KOKO), Pn. Rosnani (Guru Pengiring), Husna, Emilya, Zulaikha.
Depan dari kiri ; Nabilah, Dona, Dhaniyah.
Pasukan ini terdiri daripada 9 orang pelajar ;

1. Nurul Ashikin
2. Dona Putri Sakinah
3. Nik Nabilah Farihin
4. Nur Dhaniyah
5. 'Aliah Masturah
6. Amirah
7. Sharifah Nur Husna
8. Emilya Najlaa
9. Siti Zulaikha

pasukan ini dan pasukan SMK Padang Tembak telah mewakili Zon Keramat ke peringkat Negeri.

Saturday, July 25, 2009

Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan


2 orang pelajar daripada pasukan Soutun Najihah telah dipinjam untuk mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan oleh SMK Raja Ali yang telah memenangi Johan Kategori Perempuan. Nurul Ashikin dan Fatin Syazzeira telah dipilih untuk menyertai pasukan yang diberi nama Soutul Zahab. Nurul Ashikin telah dipilih untuk dijadikan penyanyi solo dan Fatin Syazziera sebagai second voice.

Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di MITC, Melaka. dalam pertandingan tersebut, kumpulan Soutul Zahab telah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 , trofi dan sijil. Johan Kategori Perempuan telah disandang oleh Negeri Kelantan :)

Pasukan dari SMK Gombak Setia juga telah memenangi tempat ketiga. Manakala Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh pasukan dari Negeri Johor yang diwakili oleh SMKA Maahad Muar. Mereka juga telah menggondol Solo Terbaik, Lagu Terbaik dan Lirik Terbaik. TAHNIAH!

p/s; pertandingan ini telah diadili oleh Aishah, Farihin dan Siso Kopratasa.

Pertandingan Nasyid Belia 2009 :)

(tiada gambar)

Buat pertama kalinya, pasukan nasyid telah menyertai Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Wilayah anjuran Kementerian Belia dan Sukan. dalam pertandingan tersebut, pasukan Soutun Najihah telah memenangi Naib Johan Kategori Perempuan dan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil penyertaan.

Pasukan Soutun Najihah telah diwakili oleh 18 orang termasuk 3 orang bekas pelajar iaitu Nik Nadiah, Izni, dan Fatin Syazziera;

1. Nurul Ashikin
2. Nik Nadiah Fatihah
3. Nur Izni
4. Dona Putri Sakinah
5. Fatin Syazziera
6. Sharifah Nur Husna
7. Nur Alia Solehah
8. Nurul Farhanah
9. Nur Amira Aiza
10. Emilya Najlaa
11. Nur Dhaniyah
12. Siti Zulaikha
13. Nurul Shafirah
14. Nur Fatihah
15. Nur Atiqah
16. Nurul Sareeza
17. Ili Nadrah
18. Nur Syazwani

Johan Kategori Lelaki telah disandang oleh SMK Gombak Setia. Mereka juga berjaya telah mendapat Solo Terbaik, Lirik Terbaik dan Lagu Terbaik. dan Johan Kategori Wanita telah disandang oleh SMK Raja Ali. TAHNIAH! :)


Pertandingan Nasyid PPDa 2009 (Negeri)

Belakang Dari Kiri ; Nadhirah, Shafirah, Ustzh Rosyatimah, Ashikin, Alia S, Sareeza, Nadia Amira, Emilya
Depan Dari Kiri ; Husna, Farhanah, Amirah, Pn. Norsiah (PK HEM), Zulaikha, 'Aliah M.

(Nabilah, Dona dan Amira Aiza tiada dlm gambar)

Pertandingan Nasyid PPDa peringkat Wilayah telah diadakan di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur pada 25 April 2009 dan upacara penyampaian hadiah telah dijalankan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa. Pasukan kami hanya berjaya mendapat tempat ke empat dari 8 buah sekolah. sementara SMK Teknik ERT pula telah mendapat tempat ke 8. Johan disandang oleh pasukan nasyid Maktab Tentera Diraja. Tahniah.


Pertandingan Nasyid PPDa 2009 :)

Atas Dari Kiri ; Nabilah, Dona, Shafirah, Nadia, Nadhirah, Alia S, Nurul Sareeza, Emilya.
Depan Dari Kiri ; Husna, 'Aliah M, Amirah, Pn. Rokiah (Pengetua), Ashikin, Zulaikha, Amira Aiza.
(Nurul Farhanah tiada dalam gambar)

Johan Pertandingan Nasyid PPDa Peringkat Zon Keramat 2009
Pertandingan telah diadakan di SMK Tinggi Setapak, Kuala Lumpur pada 11 April 2009.
Pasukan ini telah terdiri daripada 15 orang.

1. Nurul Ashikin (Solo)
2. Dona Putri Sakinah (Yankee)
3. Nik Nadhirah Farhana (Tamborine)
4. Nik Nabilah Farihin (Conga)
5. 'Aliah Masturah (Second Voice)
6. Amirah (Second Voice)
7. Nur Alia Solehah (Second Voice)
8. Siti Zulaikha (Third Voice)
9. Nur Amira Aiza (Third Coice)
10. Emilya Najlaa (Third Voice)
11. Nurul Shafirah (Unicent)
12. Nurul Sareeza (Unicent)
13. Nadia Amira (Unicent)
14. Sharifah Nur Husna (Unicent)
15. Nurul Farhanah (Unicent)

pasukan ini telah berjaya menjadi johan dan telah mewakili Zon Keramat ke peringkat Negeri bersama SMK Teknik ERT.

hai

blog kumpulan nasyid SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2. SELAMAT DATANG! :)