Saturday, July 25, 2009

Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan


2 orang pelajar daripada pasukan Soutun Najihah telah dipinjam untuk mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan oleh SMK Raja Ali yang telah memenangi Johan Kategori Perempuan. Nurul Ashikin dan Fatin Syazzeira telah dipilih untuk menyertai pasukan yang diberi nama Soutul Zahab. Nurul Ashikin telah dipilih untuk dijadikan penyanyi solo dan Fatin Syazziera sebagai second voice.

Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di MITC, Melaka. dalam pertandingan tersebut, kumpulan Soutul Zahab telah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 , trofi dan sijil. Johan Kategori Perempuan telah disandang oleh Negeri Kelantan :)

Pasukan dari SMK Gombak Setia juga telah memenangi tempat ketiga. Manakala Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh pasukan dari Negeri Johor yang diwakili oleh SMKA Maahad Muar. Mereka juga telah menggondol Solo Terbaik, Lagu Terbaik dan Lirik Terbaik. TAHNIAH!

p/s; pertandingan ini telah diadili oleh Aishah, Farihin dan Siso Kopratasa.

No comments:

Post a Comment